Erm, lambat aku tulis kisah SS3 kali ni.. bukan x excited, cuma x berkesempatan nak mengarang rentetan perjalanan SS3 kali ni yang boleh aku simpulkan penuh liku dan pahit manisnya..
Where should I start? Ermmmm memandangkan aku suka meleretkan cerita, apa kata aku citer bila aku start terasa bahang ss3… J
20 Mac 2010 – satu tarikh yg menjadi kenangan manis dalam hidup aku.. Jika dulu aku adalah Cassiopeia ketegar, sekarang aku mula meletakkan ELF dalam gelaran diri sendiri (and later Undeads).. Jika dulu aku hanya mengetahui beberapa lagu-lagu popular suju (Sorry sorry, It’s you, Don’t Don dan U), demam SS2 membuatkan aku mula mendengar kesemua lagu mereka.. teringat masa menyanyikan lagu Our Love bilamana fanchant menyebut nama ahli suju, aku menyebut Kim Yesung.. hahahha.. lawak sungguh.. mianhe Kim Joongwon..aku mula hafal nama penuh diorang lepas tu..menyertai pelbagai forum dan mengikuti aktiviti harian mereka.. pendek kata, berita yang aku baca setiap hari adalah tentang super junior!!
Lepas SS2 berakhir, aku dah berazam yang SS3 akan menjadi acara wajib aku pada 2011. Bila suju keluarkan 4jib – Bonamana pd May 2010 dan jadual jelajah SS3, aku sangat teruja sebab ada Malaysia dalam senarai tu yakni 26-03-2011 dan organizer adalah organizer yg sama seperti SS2 iaitu Redstar (RS).. aku beli t-shirt ss3 dr tahun lepas lagi.. menyertai forum merapatkan aku dengan ELF dan suju sendiri.. Malah, twitter trt membuat aku jadi lebih giler.. banyak plan yang diatur dengan RS. ELF nak pastikan, SS3 meninggalkan kenangan manis buat suju dan M-ELF sendiri..
Selingan – 17 Oct 2010, aku attend JYJ Showcase. Organizer event ni pun RS jugak.. walaupun sangat gembira jumpa my 1st love in k-pop, sakit showcase ni masih terasa… I can still remember the day I’m driving home crying like a baby while listening to heechul’s superman. Ok, bukan nak cerita psl showcase ni actually.. tp sakit event ni bukan Cassie je yg rasa tp RS jugak.. SME cancel nama RS sebagai organizer SS3.. kejam sungguh.. M-ELF hanya mampu berharap yang SS3 Malaysia masih akan jadi kenyataan..
Doa kami makbul juga bila pd Jan 2011, organizer SS3 Singapore (RITS) umumkan yang mereka akan uruskan SS3 M’sia yang diawalkan seminggu iaitu 19 Mac 2011.. X kisahlah siapa pun organizernya, yang penting adalah SS3.. tp banyak plan yang dah diatur dengan RS terpaksa ditukar.. lgpun bukan senang fanclub m’sia nak bekerjasama dengan RITS.. Lepas tarikh ni diumumkan, ada pula masalah venue sebab tarikh tu clash dengan satu event artis2 cina (Hong Kong or Taiwan kot).. Risau lagi kami.. Then dapat news yg RITS dapat Stadium Putra.. … Akhirnya RITS keluarkan tarikh pre-sale: 19 Feb 2011, sebulan sebelum SS3..
Memandangkan ini peluang terakhir utk berjumpa Leeteuk dan Heechul, aku tekad nak beratur seawal pagi utk mendapatkan seat paling hadapan.. mana tahan tgk diorang bergambar dengan fans masa SS2 dan SS3 negara-negara lain.. Pre-sale kali ni weekend (Sabtu), x seperti tahun lepas. Tekad punya pasal, aku dan Yuri plan check in hotel sebelah Sg Wang Plaza pada Jumaat malam.. Pas subuh kami nak terus pegi beratur.. Masa hari khamis petang, otw driving balik rumah, dapat tweet dr MYSJ mengatakan ada special Q utk Saranghaeyo Korean Club (SKC).. apa kebenda pulak SKC ni.. apasal ada special Q ni.. ni menipiskan peluang nak dapat seat depan.. balik rumah terus google pasal SKC and dapat tahu blh register online…
Hari jumaat seawal 8.00 am (aku selalu sampai dalam 7.30 am kat ofis), aku terus register jadi SKC member online.. ish, kenapa x der tempat nak buat payment dan no ahli.. aku e-mail koreaplaza tanya prosedur seterusnya.. Memandangkan bz dengan kerja, aku x berkesempatan nak call tanya.. Dalam 4 ptg baru koreaplaza balas e-mail aku.. katanya, payment buat kat koreaplaza n kad boleh dpt terus.. Aku bincang dengan Yuri nak pegi amik kad ke x? tp ayat ttg special Q tu buat aku ngan Yuri confuse. Patutnya pre-sale dekat 6th Floor, T-Zone. Tp SKC special Q hanya utk sejam dekat concourse.. so kami buat kesimpulan sendiri, nanti2 la amik SKC kad tu.. kononnya x nak jadi macam pepatah melayu, ‘Yang dikejar X dapat, yang dikendong berciciran.”.. padahal kalau nak amik sempat sgt sebab hari jumaat kami habis keja 4.45pm.. koreaplaza tutup kul 6pm..
19 Feb 2011.. Seawal 7.30 am (plan nak pg awal lg), aku ngan Yuri dah mula beratur dkt T-Zone, Sungei Wang.. X ramai sangat masa tu.Ada dalam kurang 100 kot yg tgh beratur… Kami makin konfiden yang seat depan tu konfem dptlah… bila pintu start bukak pada 8.50 am, semua dah start tolak-tolak.. mmg tersepit gak masa tu… bila dah mula masuk dalam sg wang, aku ngan yuri makin confuse.. Mana dtg ramai2 org dalam ni? Td kat luar sikit jer? Ms tgh beratur, dengar la staff koreaplaza panggil ahli SKC.. Aitt, kater SKC Q dkat concourse? Apakah? Aku pasrah jelaa.. beratur seadanya.. pastu diorang buat announcement utk ticket rockpit, dan balkoni.. mmg kurang sambutan.. aiseyyy, nampaknya semua yg beratur ni nak beli tiket terrace.. bahaya ni.. peluang makin tipis.. masa ni aku cuma berharap aku dapat tikit terrace jer... Macam2 posisi dah masa beratur ni.. aku countdown sendiri, adakah aku akan pecahkan rekod beratur utk kali ni..SS2 – 6hrs, JYJ – 4 1/2.. dan nampaknya aku menempa rekod baru 7 ½ hrs.. pukul 3pm, aku dpt tix aku.. terus pegi solat zuhur dgn kaki yg sangat sakit.. ada kisah menarik masa beratur.. bila dah sampai kat selekoh greenbox, diorang psg MV suju kat tv luar kedai tu.. automatic jer ELF jd unite.. semua nyanyi dan bersorak n hafal fanchant…hilang rs beratur berejam tu..aku pun menari2 kecil gak ler time tu..hehe.. Malam tu terus demam dan membawa ke MC hari isnin.. mmg sakit satu badan..
Ni kisah 17hb, M-ELFs sibuk promote Flyfm..kononnya diorang akan intw suju dr Korea.. mmg gile hebat la promo Flyfm ni..aku yg x pernah dgr fly ni, dr seawall 6am dah on radio fly..dalam keta pun gelabah jer bila diorang nak intw ni.. pastu ada announcement kata dalam pukul 8..so ngam la aku sampai ofis dl.. sampai ofis terus cari channel fly ngan hp.. x terasa nasi lemak yg masuk dalam mulut time tu.. sampai la 8 lbh..rupenye DJ fly buat parady sorry sorry.. giler geram.. punya la x keruan aku dr 6am.. tertipoooo…
Not much preparation for SS3.. lightstick gn tahun lepas punyer je, t-shirt dah beli tahun lepas lagi.. aku hanya pastikan aku hafal semua fan project yg ELF buat.. minggu terakhir menjelang SS3 dapat flight details diorang.. Suju bakal tiba di M’sia 4.50pm, 18 Mac 2011.. Hari tu aku mmg dah apply cuti sebab mmg plan nak kuar dengan fil yg dtg dr Kelantan… bila dapat tahu suju dtg 18hb, aku ngan Fil plan nak jemput diorang kat KLIA.. giler semangat kan? hehehe.. semua ni Kim Heechul punya psl..
18 Mac 2011, seawal pagi aku, Fil dan Pijah bergerak ke Imigresen yg dekat Subang Airport.. baru nak buat passport pg Korea nanti..hehe.. sampai2 jer rupanyer dah relocate ke Kelana Jaya.. Maka kami pun gerak la pegi Kelana Jaya…mmg x boleh tahan sungguh dgn signboard yg ada kat area Plaza Glomac tu.. semua anak panah jabatan imigresen tunjuk ke arah bertentangan.. pas dah call rakan2 ofis mtk tgkkan google maps dan tanya org sekeliling, kami jumpa juga jab imigresen dalam 11.30am.. urusan passport setel dalam pukul 3pm.. memandangkan dah penat, kami tukar plan.. x jadi pegi KLIA.. kami nak tgg suju di The Garden Hotels saja…dekat sikit.. so, dah penat pusing2 cari parking, salah jalan nak masuk bagai, pukul 4 kami berjaya dapatkan parking.. Kami pegi usha tmpt dl.. ada dalam 10 org ELF je yg sedang tgg suju kat lobby hotel.. jadi kami pegi la makan dl.. around 5 ++ dpt tweet yg suju dah sampai KLIA.. dlm pkl 6pm, kami mula melepakkan diri depan The Gardens Hotel.. hati berdebar2 nak jumper Heechul dlm jarak kurang 1 meter ni.. mmg x ramai pun luar hotel tu..
Tp dalam 6.30pm dpt tweet lagi kata diorang pegi Bukit Jalil dl, rehearsal.. mmmm kena menunggu lagi.. Guards dekat hotel tu dah ugut2 kitorang cakap suju x kan dtg hari ni semua.. elehhhh pakcik, ingat zaman teknologi canggih ni leh tipu kitorang camtu jer ke.. 9.30pm, ada 3 bas dtg..tapi bukan serentak la.. ada crews, dancer, stylist semua.. kami makin excited.. tetiba salah sorang crew tu cakap, Suju boys dah ada kat bilik.. so dia srh kami balik.. What??? X kan kot.. dr petang kami menapak depan hotel tu.. Ada pintu lain ke? Kami sabar lagi.. tunggu dan terus menunggu.. sempat make friends gakler kat situ.. makin lama makin ramai yg give up.. kami tekad nak stay sampai pkl 12pm jer.. dalam beberapa minit nak pukul 12 tu, ada fans yg sebelum tu duk kat lobi dtg kat kitorang n bgthu, “Guys, the staff said that suju boys had arrived 4 hours ago.. so….” Dia pun x dpt nak habiskan kata-kata dia tu.. bebudak tu dtg dr Penang..lagi jauh kot.. maka, dengan hati yg duka lara, kami mengatur langkah ke parking.. Otw driving back, aku dpt sms from 1 of friend yg berkenalan dpn hotel tu yg kat FB ada tulis suju sampai kat hotel 12.10 pm… Ya Allah…sabar ajelah… nak pengsan aku dengar.. 12.10 tu aku masih dalam the Gardens lagi kot.. xpelah, xder rezeki… nampaknya, rezeki aku hanya utk melihat diorang jauh..
Malam tu x dapat tido lena.. cam x gembira nak pegi SS3 esoknya…. Pagi2, bfast dekat santai with another 2 signs yg x join SS3.. then sampai kat stadium dalam 11.30am camtu.. jiwa x se’excited’ SS2.. mungkin sebab kali ni expectation aku lebih dan effort pun melampau..jadi, aku sgt frust bila semua x berjaya.. aku isi masa dengan hafal fanchant.. fil membaca conan, nana yg mengantuk dan pijah layan blues sendiri.. memandangkan keta Nana pancit, Farah terpaksa lak dtg sendiri..Yuri dah mmg plan dr awal dtg sendiri pas zohor..
Sementara menunggu masuk stadium, aku bergambar dl dengan banner2 shli suju diluar stadium.. siap jadi volunteer edarkan hand banner…tp sedey x dapat Leeteuk ngan Yesung punyer.. seawal 4pm dah mula masuk.. Farah x sampai2 lagi.. jadi kami berlima masuk dl.. dalam 5.30 ++ kot Farah sampai.. mmg dugaan jugak ler.. sian Farah yg sesat cari Bukit Jalil..
Semua perit jerih, sakit dah keciwa aku terubat oleh ahli suju selama 3 jam tu.. dalam 6.10pm dah start dan habis dalam 9.30 pm.. mmg best walaupun ada sikit nampak diorang penat.. aku sangat hepi bile Heechul dah mula buat persembahan balik lepas dier cedera kat SS3 Shanghai.. one week before dekat SS3 taiwan, dia appear utk 3 lagu jer.. n Hee sangat2 in a good mood sepanjang concert..
Berakhirlah perjalanan SS3 aku pada malam tu.. walaupun banyak dugaan dan aku rasa SS2 lebih best, as long as it was Suju, aku happy.. n post-concert mmg daebak..acara pakapau yg melengkapkan acara hari tu.. walaupun aku x sehepi mana lepas concert, a tweet from Hee made me super Happy.. what did Hee say? Korang tahu kan.. Kim Heechul, I’ll see u again this May.. wait for me okay~~