Saturday, 7 July 2012

5 Julai 2012...


5 Julai 2012...

Aku ambil cuti semata-mata untuk 1st comeback stage Super Junior utk 6jib. Walaupun tanpa Heechul, aku nak jugak meraikan abang dan adik-adik aku... hehe.. jadi aku dah siapkan perancangan apa yang hendak dibuat di pagi hari sementara menunggu M Countdown. Asalnya aku plan nak ke klinik gigi. Teringin nak buat scaling dan kalau sempat nak buat bleaching sekali. Tapi masa hari isnin (0207) baru sedar yg Rabu adalah Nisfu Syaaban. Jadi aku cancel la nak pegi klinik gigi sebab nak berpuasa. Kang makruh plak kan..

Aktiviti aku bermula pada 10.30 pagi. Badan panas pula bila bangun tidur. Tapi sebab kepala tak pening, aku teruskan jua perancangan. 1st, aku pg ofis JMB dulu bayar maintenance fee. Lepas tu aku ke kedai dobi hantar uniform denim untuk digosok. Lepas  tu terus ke kedai perabot utk tgk sofa yang dah book masa hari sabtu lepas dah sampai ke belum. Sekali mmg dah sampai dah. Bila tgk tu berkenan, aku bayar dan bgth diorang hantar ptg2 sikit. Aku teruskan perjalanan ke Sunway Pyramid. Kenapa Sunway? 1-sini ada outlet Samsung, 2-BAP ada xtvt dkt Sunway Lagoon (nk stalk la konon), 3-Nk pre-order New Breed Repackage utk entile ke Jay Park autograph session, 4-Nk usha Holika Holika tgk psl fan meeting with Jung Il Woo dan 5-sbb Sunway dekat nak pegi & aku konfiden jalan die..hehehe..

Rina call mintak aku belikan hadiah utk makan2 kami hari Jumaat. Ok jugak la sebab kat sini ada Jusco. Aku park keta dkt orange atrium. Jadi msk2 jumpa Jusco dl. Aku terus pg cari barang yg Rina pesan. Check jugak update psl BAP. Senyap jer. Kang kalau aku masuk Sunway Lagoon sia-sia plak tanpa arah tuju. Maklumla x berapa pandai menjadi stalker. Aku terus ke kedai Samsung. Ohooo, x turun pun harga Galaxy Note wpun dah keluar SIII. Aku fikir2 dl. Kebetulan ada member yg pg Lowyat waktu yg sama. Aku minta dia ushakan harga kat Lowyat. Katanya kalau beli kat kedai Samsung mmg harga yg sama. Aku jalan2 kejap. Nampak Holika Holika. Agak membazir aku beli produk kecantikan RM50 above semata-mata untuk entitle cabutan jumpa Jung Il Woo kalau aku x pakai produk2 tu. Pastu cabutan plak tu. Kalau sah2 boleh jumpa Il Woo mmg aku nak la kan. Jadi x beli apa2. Aku batalkan hasrat nak cari Speedy. Terus pg ke kereta then pg Digital Mall, PJ.

Masuk2 Digital Mall, aku terus ke gerai Samsung dl. Murah RM119 dr Sunway Pyramid. Siap free screen protector lagi. Aku kira jadi je laa. Selesai urusan membeli, aku pusing2 cari casing untuk handphone baru. Aku terus je naik atas sekali nak ke All IT sbb nk beli modulator kereta yang entah berapa kali rosak. Sedang aku duk pilih2 modulator tu, ada suara tegur aku. “Kalau nak beli modulator, better beli brand RedFox.” Aku alihkan pandangan pada yang bersuara. Alamak, not bad mamat ni. Bukan handsome gile tapi maybe sebab dia putih dan tinggi, jadi nampak boleh tahan la kan. “Oh ye ke?” aku balas ala-ala gitu. Hehe. Dia masa tu berdiri betul2 dekat rak RedFox. Ada banyak jenis modulator brand ni. Aku pula dekat bahagian brand lain. Aku pun dekatkan diri ke rak RedFox juga. Dia balas lagi, “Saya dah 3 tahun pakai brand ni. Ok la, elok sampai sekarang. Ni pun datang cari baru sbb dah boring pakai yg tu.”


Aku banyak cakap, “Ye ke...” je sbb dia seronok explain jenis2 modulator ni dekat aku. Masa tu kan, rasa macam berbunga sangat. Mungkin sebab lelaki yang ada ciri-ciri yang kita suka tegur kita kan. Dalam hati cam meronta-ronta cakap, “Plz.. plz.. mintakla emel saya ke, FB ke, no telefon ke..” mwahahhaha ye ye, saya sangat gedik masa tu tp x dizahirkan. Masih control maruah wanita Islam. Kami siap sama-sama tgk apa beza modulator yang banyak2 kat situ. Paling mahal support sampai 32G, boleh play MP4 dn JPEG sekali. Hati aku x berhenti bercakap sendiri. Xkan aku nak stay je kat situ sembang dengan dia kan. Kena buat2 biasa sikit. Jadi aku terus buat pilihan modulator yang aku nak.. RedFox of course... hehe.. “Saya ambil yg ni lah.. Thanks ek bg advice.” Aku terus minta diri. Sekali dia tanya soalan lagi. “Errr, biasa guna frekuensi apa ek?” Aigooooo, gembira aku sebab dia msh nak sembang2 lagi.. hahahha.. So kami sambung bincang psl frekuensi plak. Lepas tu aku betul2 minta diri. Tp aku x terus balik. Aku saja2 je pusing2 dalam kedai lagi.. kot2 bertembung balik. Bagi yang x biasa ke All IT, kedai ni kedai paling besar kat Digital Mall. Kedai ni cover whole floor tingat atas sekali. Sekali doa makbul, kitorang bertembung dekat cashier. Rupanya dia datang dengan seorang lagi kawan lelaki.


“Beli yang mana satu?” aku tegur dia dulu bila masing2 dah senyum. Dia tunjuk jenis RedFox yang dia beli. “Cuti ke?” dia tanya lagi. “A ah, “jawab aku pendek. Ni perbualan kami lepas tu;

Dia: Kerja kat mana?

Aku: Bank Muamalat
Dia: Ooooo kerja bank la ni...
Aku: Ala keja biasa-biasa je
Dia: Bahagian ape?
Aku: Customer Service..
Dia: Umur berapa ek?


Masa ni aku cam nk gelak je sbb umur yang dia tanya dulu.. hahaha

Aku: 28 dah.. Nama sapa ek?

Aku bertanya soalan yang lebih afdal ditanyakan dulu.
Dia: Firdaus... oooo 28, lahir tahun 84 la kan? Saya tahun 82.


Omoooo, tua dari aku. YES! Masa tu dia tunjuk staff ID dia. Sempat nampak nama Firdaus dan IC start dengan 82...

Aku: Iye? (buat2 terkejut). Nampak muda.. ingat fresh grade tadi.. muka macam muda lagi.

Dia: Muda ke.. Dia cakap aku nampak muda wei (dia pandang kawan dia).. biasalah orang beriman mmg nampak muda (masa ni dia dah pandang aku balik)..
Aku: Alhamdulillah (wpun rasa agak poyo sttmt die di atas.hahhaa) Keja kat mana?
Dia: Angkasapuri... RTM..
Aku: Ooooo... dekat je la ek.. bahagian penyiaran ke? (ceeeewahh tanya macam reti je)
Dia: A’ah.. (muka dia macam teragak2 kat sini.. lepas tu br aku sedar, dah stesen TV mmg la penyiaran. Tp dept macam2 la.hohooho)
Aku: Keja? [dia pakai baju kemeja dan seluar slack]
Dia: Errrrr, kira keja jugak la ni..

Dia macam rasa malu2 pulak sebab masa tu pukul 3.00 lebih. Ni failed ni kalau taste Nana..hehehe..


Masa ni dah sampai turn dia bayar. So senyap kejap. Lepas tu aku pulak yang bayar.

Kaunter kat All IT ni betul2 depan pintu keluar. Bila aku habis bayar, dia pandang dan senyum..
Dia: Ok, jumpa lagi!


Aku pun senyum dan berlalu.. Dalam hati meronta x nak balik lagi sbb dia x tanya pun nama aku apa. Apatah lagi minta contact number.. 


Aku masih berjalan lambat2 dalam Digital Mall dengan harapan aku boleh terserempak dengan dia lagi. Tapi sebab aku belum solat Zohor lagi dan aku pun nak balik kejar M Countdown, aku pasrah sahaja berjalan keluar dari Digital Mall. Hati aku berbunga je sampai ke waktu aku menaip kisah ini... Hehhehe 


Dari Digital Mall, aku terus balik, ambil baju kat kedai dobi dan tunggu orang hantar sofa kat rumah dan seterusnya layan Super Junior 1st comeback stage^^
Hari yang indah... sekarang ni kalau pandang modulator tu aku teringat dia.. Aku berdoa agar Tuhan menemukan kami lagi... Amin amin ya rabbalaalamin...