Saturday, 7 July 2012

5 Julai 2012...


5 Julai 2012...

Aku ambil cuti semata-mata untuk 1st comeback stage Super Junior utk 6jib. Walaupun tanpa Heechul, aku nak jugak meraikan abang dan adik-adik aku... hehe.. jadi aku dah siapkan perancangan apa yang hendak dibuat di pagi hari sementara menunggu M Countdown. Asalnya aku plan nak ke klinik gigi. Teringin nak buat scaling dan kalau sempat nak buat bleaching sekali. Tapi masa hari isnin (0207) baru sedar yg Rabu adalah Nisfu Syaaban. Jadi aku cancel la nak pegi klinik gigi sebab nak berpuasa. Kang makruh plak kan..

Aktiviti aku bermula pada 10.30 pagi. Badan panas pula bila bangun tidur. Tapi sebab kepala tak pening, aku teruskan jua perancangan. 1st, aku pg ofis JMB dulu bayar maintenance fee. Lepas tu aku ke kedai dobi hantar uniform denim untuk digosok. Lepas  tu terus ke kedai perabot utk tgk sofa yang dah book masa hari sabtu lepas dah sampai ke belum. Sekali mmg dah sampai dah. Bila tgk tu berkenan, aku bayar dan bgth diorang hantar ptg2 sikit. Aku teruskan perjalanan ke Sunway Pyramid. Kenapa Sunway? 1-sini ada outlet Samsung, 2-BAP ada xtvt dkt Sunway Lagoon (nk stalk la konon), 3-Nk pre-order New Breed Repackage utk entile ke Jay Park autograph session, 4-Nk usha Holika Holika tgk psl fan meeting with Jung Il Woo dan 5-sbb Sunway dekat nak pegi & aku konfiden jalan die..hehehe..

Rina call mintak aku belikan hadiah utk makan2 kami hari Jumaat. Ok jugak la sebab kat sini ada Jusco. Aku park keta dkt orange atrium. Jadi msk2 jumpa Jusco dl. Aku terus pg cari barang yg Rina pesan. Check jugak update psl BAP. Senyap jer. Kang kalau aku masuk Sunway Lagoon sia-sia plak tanpa arah tuju. Maklumla x berapa pandai menjadi stalker. Aku terus ke kedai Samsung. Ohooo, x turun pun harga Galaxy Note wpun dah keluar SIII. Aku fikir2 dl. Kebetulan ada member yg pg Lowyat waktu yg sama. Aku minta dia ushakan harga kat Lowyat. Katanya kalau beli kat kedai Samsung mmg harga yg sama. Aku jalan2 kejap. Nampak Holika Holika. Agak membazir aku beli produk kecantikan RM50 above semata-mata untuk entitle cabutan jumpa Jung Il Woo kalau aku x pakai produk2 tu. Pastu cabutan plak tu. Kalau sah2 boleh jumpa Il Woo mmg aku nak la kan. Jadi x beli apa2. Aku batalkan hasrat nak cari Speedy. Terus pg ke kereta then pg Digital Mall, PJ.

Masuk2 Digital Mall, aku terus ke gerai Samsung dl. Murah RM119 dr Sunway Pyramid. Siap free screen protector lagi. Aku kira jadi je laa. Selesai urusan membeli, aku pusing2 cari casing untuk handphone baru. Aku terus je naik atas sekali nak ke All IT sbb nk beli modulator kereta yang entah berapa kali rosak. Sedang aku duk pilih2 modulator tu, ada suara tegur aku. “Kalau nak beli modulator, better beli brand RedFox.” Aku alihkan pandangan pada yang bersuara. Alamak, not bad mamat ni. Bukan handsome gile tapi maybe sebab dia putih dan tinggi, jadi nampak boleh tahan la kan. “Oh ye ke?” aku balas ala-ala gitu. Hehe. Dia masa tu berdiri betul2 dekat rak RedFox. Ada banyak jenis modulator brand ni. Aku pula dekat bahagian brand lain. Aku pun dekatkan diri ke rak RedFox juga. Dia balas lagi, “Saya dah 3 tahun pakai brand ni. Ok la, elok sampai sekarang. Ni pun datang cari baru sbb dah boring pakai yg tu.”


Aku banyak cakap, “Ye ke...” je sbb dia seronok explain jenis2 modulator ni dekat aku. Masa tu kan, rasa macam berbunga sangat. Mungkin sebab lelaki yang ada ciri-ciri yang kita suka tegur kita kan. Dalam hati cam meronta-ronta cakap, “Plz.. plz.. mintakla emel saya ke, FB ke, no telefon ke..” mwahahhaha ye ye, saya sangat gedik masa tu tp x dizahirkan. Masih control maruah wanita Islam. Kami siap sama-sama tgk apa beza modulator yang banyak2 kat situ. Paling mahal support sampai 32G, boleh play MP4 dn JPEG sekali. Hati aku x berhenti bercakap sendiri. Xkan aku nak stay je kat situ sembang dengan dia kan. Kena buat2 biasa sikit. Jadi aku terus buat pilihan modulator yang aku nak.. RedFox of course... hehe.. “Saya ambil yg ni lah.. Thanks ek bg advice.” Aku terus minta diri. Sekali dia tanya soalan lagi. “Errr, biasa guna frekuensi apa ek?” Aigooooo, gembira aku sebab dia msh nak sembang2 lagi.. hahahha.. So kami sambung bincang psl frekuensi plak. Lepas tu aku betul2 minta diri. Tp aku x terus balik. Aku saja2 je pusing2 dalam kedai lagi.. kot2 bertembung balik. Bagi yang x biasa ke All IT, kedai ni kedai paling besar kat Digital Mall. Kedai ni cover whole floor tingat atas sekali. Sekali doa makbul, kitorang bertembung dekat cashier. Rupanya dia datang dengan seorang lagi kawan lelaki.


“Beli yang mana satu?” aku tegur dia dulu bila masing2 dah senyum. Dia tunjuk jenis RedFox yang dia beli. “Cuti ke?” dia tanya lagi. “A ah, “jawab aku pendek. Ni perbualan kami lepas tu;

Dia: Kerja kat mana?

Aku: Bank Muamalat
Dia: Ooooo kerja bank la ni...
Aku: Ala keja biasa-biasa je
Dia: Bahagian ape?
Aku: Customer Service..
Dia: Umur berapa ek?


Masa ni aku cam nk gelak je sbb umur yang dia tanya dulu.. hahaha

Aku: 28 dah.. Nama sapa ek?

Aku bertanya soalan yang lebih afdal ditanyakan dulu.
Dia: Firdaus... oooo 28, lahir tahun 84 la kan? Saya tahun 82.


Omoooo, tua dari aku. YES! Masa tu dia tunjuk staff ID dia. Sempat nampak nama Firdaus dan IC start dengan 82...

Aku: Iye? (buat2 terkejut). Nampak muda.. ingat fresh grade tadi.. muka macam muda lagi.

Dia: Muda ke.. Dia cakap aku nampak muda wei (dia pandang kawan dia).. biasalah orang beriman mmg nampak muda (masa ni dia dah pandang aku balik)..
Aku: Alhamdulillah (wpun rasa agak poyo sttmt die di atas.hahhaa) Keja kat mana?
Dia: Angkasapuri... RTM..
Aku: Ooooo... dekat je la ek.. bahagian penyiaran ke? (ceeeewahh tanya macam reti je)
Dia: A’ah.. (muka dia macam teragak2 kat sini.. lepas tu br aku sedar, dah stesen TV mmg la penyiaran. Tp dept macam2 la.hohooho)
Aku: Keja? [dia pakai baju kemeja dan seluar slack]
Dia: Errrrr, kira keja jugak la ni..

Dia macam rasa malu2 pulak sebab masa tu pukul 3.00 lebih. Ni failed ni kalau taste Nana..hehehe..


Masa ni dah sampai turn dia bayar. So senyap kejap. Lepas tu aku pulak yang bayar.

Kaunter kat All IT ni betul2 depan pintu keluar. Bila aku habis bayar, dia pandang dan senyum..
Dia: Ok, jumpa lagi!


Aku pun senyum dan berlalu.. Dalam hati meronta x nak balik lagi sbb dia x tanya pun nama aku apa. Apatah lagi minta contact number.. 


Aku masih berjalan lambat2 dalam Digital Mall dengan harapan aku boleh terserempak dengan dia lagi. Tapi sebab aku belum solat Zohor lagi dan aku pun nak balik kejar M Countdown, aku pasrah sahaja berjalan keluar dari Digital Mall. Hati aku berbunga je sampai ke waktu aku menaip kisah ini... Hehhehe 


Dari Digital Mall, aku terus balik, ambil baju kat kedai dobi dan tunggu orang hantar sofa kat rumah dan seterusnya layan Super Junior 1st comeback stage^^
Hari yang indah... sekarang ni kalau pandang modulator tu aku teringat dia.. Aku berdoa agar Tuhan menemukan kami lagi... Amin amin ya rabbalaalamin...




Sunday, 3 June 2012

2nd anniversary

0206 - The day I realized that I'm in LOVE with him.. yess.. HIM = KIM HEECHUL...
tahun lepas aku kat Korea tp tahun ni nampaknya ada kat Msia sahaja.. 

Nae nampyeon, saranghamnida^^ 
Happy 2nd anniversary~

It's been a year

300511 - 070611 - Dah setahun berlalu... tp Korea masih segar dalam ingatan..
bila agaknya dapat aku jejak bumi Korea lagi...

Wednesday, 1 February 2012

Ballerino

huhu... aku bukannya ada hobi baru menari ballet plak.. just nak share satu video yg agak special bg aku...


mula2 aku tgk video ni sebab Heechul.. pas aku kenal JGS, aku cari video pasal die n jumpe video ni balik... masa tu aku cam, "ehhh JGS kawan ngan HC rupenye..die rupenya mc inkigayo ngan HC ms tu." pas2 dah lama layan running man baru aku tahu Gary ni penyanyi n salah satu lagu dia adalah ballerino..masa tu terfikir, "ni ballerino yg HC nyanyi ngan JGS ke?" bila cari kat YT betul rupenye..hahha... hr tu, aku dengar mp3 aku..saje layan lagu2 lama.. pas2 bila terdengar lagu ballerino ni, sekali lagi aku cam,"ni mcm suara ALi je?" memandangkan aku dah convert video ni ke ipad, aku tgk video tu balik.. hahhahahha..mmg ALi..ingatkan dia rookie singer.. special betul video ni..pas sorang2 aku kenal tp semua tu pernah muncul sekali dlm satu lagu... papepun, lagu ni mmg best!!!!

Wednesday, 11 January 2012

Tears of Joy~~

11 Jan 2012, hari ni aku amik cuti.. semata-mata GDA 2011..kali ni GDA buat kat Japan..
walaupun xder live kat tv n xder streaming, aku cuti sbb aku rs jiwa aku x tenang kalau aku pegi keja pun..
hohohhoo... that's why i dare to call myself as an E.L.F... pastu demam plak hari ni...sabar jelah...

Thanks to twitter, aku dapat juga update event ni dari J-ELF... dari acara red carpet hinggalah habis.. 
and guess what? my super duper boys won daesang!!! we made it this year.. and of course i did cry... but it's not the same tears like last year... berbaloi utk aku beli all 3 versions of 5jib.. yeay.. i have part of  the 479,329 copies sold...^^

Suju menang 4 awards malam ni:
- Popularity Award
- MSN Japan Award
- Disc Bonsang
- Disc Daesang


So proud to be part of this fandom..to love them.. to share this happy moment with them...

Congratulations Super Junior~~

Wednesday, 4 January 2012

SCRiBBLe~~

Semalam naik pening kepala aku baca allkpop tentang comeback untuk January.. ada dalam 16 article pasal new teaser, new MV, album photo, single dll.. memang meriah industri k-pop ni kan.. dalam banyak-banyak lagu yang release, ada satu lagu yang berjaya menambat hatiku... hahhaha.. sehari dua ni asyik ulang lagu ni jer..

SCRiBBLe by MBLaQ



[romanization credit: sunshine @ mblaqattack.net translation credit: yangtweety @ mblaqattack.net Edited by sunshine]


ROMANIZATION

inomui gaseumapeun mobsseulbyeong wae naji anheulkka geoteulon sangcheo hana eobneunde wae ili apeulkka jigyeobdolog i kkeuti eobsi seon dominocheoreom seulpeumeun geodjabeul su eobsi keojyeogago tteonan neol saenggaghada na chamgo chamda tto nunmul nawa gyesog teojyeonawa niga sseun chueogi ajigdo gaseume itdae amuli aesseodo i nagseo mos jiunde

myeochirina dwaeneunji amureon gieogdo mothae modeunge huimihande wae neoman seonmyeonghangeonji

gaseume (gaseume nae gaseum) nae gaseume (gaseume niga isseume) ppaegoghi geudaeman sseoineunde eotteoghae (eotteoghae nan eotteoghae) na eotteoghae (eotteoghae nan mo jiunde) neol jiuran geonji geureohge nan oh nan mothae

jiul su isseulkka ijeul su isseulkka jiul su isseulkka ijeul su isseulkka jiul su isseulkka ijeul su isseulkka i chueogui nagseoreul jiul su isseulkka

I can't let you go gamanhi honjasmalhaedo neon neon deudji mothaneun geol yeah

ijen keulleobe gado jaemiga eobseo yejeoncheoreom siseoni hwag kkeullineun yeojado eobseo saenggagboda monage nan apeumi gipeo chueogui nagseoleul jiuda sangcheoman ibeo

niga eobsi nan (jaemiga eobseo) neo eobsi nan (saneunge uimiga eobseo) neo eobsi sal yonggiga eobseo

deullineun noraemada (ijeneun) modu nae yaegi gataseo (meonghani) honja tto bulleoboda chamadeon nunmuli nawa

gaseume (gaseume nae gaseum) nae gaseume (gaseume niga isseume) ppaegoghi geudaeman sseoineunde eotteoghae (eotteoghae nan eotteoghae) na eotteoghae (eotteoghae nan mos jiunde) neol jiuran geonji geureohge nan oh nan mothae

gaseume (gaseume nae gaseum) nae gaseume (gaseume niga isseume) ppaegoghi geudaeman sseoineunde eotteoghae (eotteoghae nan eotteoghae) na eotteoghae (eotteoghae nan mos jiunde) neol jiuran geonji geureohge nan oh nan mothae

TRANSLATION

Why hasn’t this guy gotten over this bad sickness There’s no wounds on the outside, why does it hurt this much Miserably, like dominos standing with no end, This sadness is out of control and grows bigger I tried and tried not to think about you that left me but tears keep bursting out Those memories you wrote are still in my heart No matter how hard I try, I can’t erase this graffiti

I don’t remember how many days it’s been Everything is dim, why are you the only one that’s lively

In my heart (in my heart, my heart) In my heart (in my heart, in your place) There’s only you written What do I do (what do I do, what do I do) What do I do (what do I do, I can’t erase you) How can I erase you that way, I oh I can’t

Will I be able to erase you, will I be able to forget you Will I be able to erase you, will I be able to forget you Will I be able to erase you, will I be able to forget you Will I be able to erase the graffiti of this memory

I can’t let you go
Even though I say this alone
You won’t be able to hear it (yeah)

Even if I go to a club now, it’s no fun
There are no girls that catch my gaze like in the past This pain is deeper and worse than I thought it would be After erasing the graffiti of this memory I wear my wounds

Without you I’m (no fun)
Without you I’m (I have no reason to live) Without you I don’t have the confidence to live

(Now) with every song I listen to it seems like it’s my story Alone, the tears I held back are coming out

In my heart (in my heart, my heart) In my heart (in my heart, in your place) There’s only you written What do I do (what do I do, what do I do) What do I do (what do I do, I can’t erase you) How can I erase you that way, I oh I can’t

In my heart (in my heart, my heart) In my heart (in my heart, in your place) There’s only you written What do I do (what do I do, what do I do) What do I do (what do I do, I can’t erase you) How can I erase you that way, I oh I can’t

Rangkap ni asyik terngiang-ngiang kat kepala aku
"Will I be able to erase you, will I be able to forget you" :|


Sunday, 1 January 2012

2 0 1 1

Lama betul x post entry dalam blog ni… mmg selalu jer berniat nak tulis tp ada je la xtvt aku yang membuatkan aku kononnya sgt bz tu… huhuhu.. n of course, aku bukan bz dengan kerja…
Di hujung 2011, aku baca balik post2 lama dan delete some of them. Lama aku termenung dengan post hujung tahun lepas. Banyak suka dan dukanya… termenung bukan apa..aku cuba analisa resolusi 2011 aku.. adakah aku berjaya capai apa yang aku impikan pada hujung 2010.
So, mari recap kisah 2011 aku…

Aku mulakan 2011 dengan pertukaran jabatan. Tahun ni mmg azam adalah nak bekerja dengan lebih gembira. Aku join Customer Service Department 12 Jan 2011. Setelah 3 ½ tahun [12 Jul 2007 – 12 Jan 2011] dekat Business Development, aku cabar diri sendiri dengan pindah ke jabatan yg aku ada 0 knowledge.. huh! dari accounting background aku join business development (ada laa sikit apply apa aku belajar) then customer service. Since aku pernah jadi customer service committee tahun 2009, boss customer service offer aku join dept tu.. dan akhirnya aku berhijrah ke keluarga yang lebih kecil.. dari 60 staff ke 20 org termasuk ejen. Kalau staff betul hanya 8 org shj. Jadi kehidupan aku di dept baru sangat aman dan tenteram.. majority pompuan lak tu.. dr segi kerjaya x ada banyak drama macam tahun lepas sgt cuma kerap juga aku terfikir sama ada aku buat keputusan yg betul atau tak… entahlah, mungkin baru tahun pertama, kita tgk apa yang berlaku tahun 2012 pula.. yang penting, hati aku lebih gembira dan tenteram.. mungkin juga sebab dah letakkan azam tahun 2011 utk bekerja dengan gembira dan positif kan?

Tahun 2011 adalah tahun k-pop aku… maklumla dah jumper concert buddy dalam satu dept.. most of k-pop events tahun ni aku ada.. kalau x pegi pun sebab fan meeting yg aku rs x pegi pun x pe dan JKS fan meeting aku  xpg sebab aku ada kat korea time tu… Aku juga banyak beli barang k-pop dari fan club especially barang SJ i.e. CD, DVD n photobook. Inilah yg aku sibukkan sepanjang tahun… J J I found new addiction yg mahal.. nak wat camner.. aku hiburkan hati dengan cara ni kan… [kisah k-pop ni akan bersambung di entry lain] CLICK HERE

2011 juga aku tunaikan impian aku yg sekian lama… My Hanguk Journey.. akhirnya aku menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan.. tanah tumpah darah Kim Heechul.. J Aku dah buat journal dr bulan 6 lagi cuma x post je… so kisah korea akan aku cerita dalam separate entry… CLICK HERE

Cinta? Ermmm kisah cinta 2011 agak sadis… akhirnya aku harus melepaskan harapan cinta aku pada 1st Love aku… he’s married now.. aku doakan dia bahagia dan gembira. Dia ada jemput dtg kenduri dia. Tp maaflah, aku belum cukup kuat untuk melihat lelaki yang aku cintai selama 15 tahun bersanding di pelamin dengan perempuan lain. Tapi lagu ni tetap untuk ‘Dia’ –

“Dia, insan pertama yang kucinta.. Dia insan pertama yang bertakhta… Dia.. pernah membuat ku bahagia… Dia yang mengajarku… tentang erti rindu…”.

Aku belum give up utk mencari cinta cuma cinta belum jadi priority aku… Ye betul, kita kena usaha..tp bagi aku, cinta sejati aku akan datang bila tiba masanya. 

Dari segi harta pula, tahun ni tahun membayar hutang… hahaha.. aku memastikan CCRIS aku cantik dengan membayar kereta, rumah, credit cards, dll pada masanya. Lagipun aku x terfikir nak tambah apa-apa harta lain pun. Cukuplah tambahkan simpanan untuk hari tua. Commitment sedia ada dah cukup tinggi dah.

Ibadah pula, aku rasa aku dah lakukan sesuatu yang lebih baik dari tahun lepas. Alhamdullillah..Semoga semuanya diterima Allah..mmg belum cukup banyak lagi tp at least, apa yang aku azamkan tahun ni tercapai… harapnya tahun 2012 aku dapat kurangkan sikit xtvt k-pop dan lebihkan masa untuk pelaburan akhirat. 

Itulah serba sedikit summary perjalanan 2011 aku. Syukur Ya Allah… Alhamdullillah aku hidup dengan sihat pada tahun 2011… semoga usia yang dipinjamkan setakat 27 tahun ni diredhai Allah. Masih banyak kelemahan diri sendiri yang perlu aku baiki. Azam 2011 dari segi tanggungjawab agama, kerjaya, keluarga dan diri sendiri aku dapat tunaikan. Resolusi 2012 aku masih dalam kategori yang sama… semoga diberi kekuatan untuk mencapainya nanti.


Selamat Tahun Baru rakan-rakan. Semoga perjalanan kita di tahun 2012 mendapat kerahmatan dan keredhaanNya…insyaAllah… amin 


2011 – Year of K-Events

Oyeahhhh… nak tahu ke mana duit aku habis sepanjang 2011? Aku dah laburkan ke konsert, merchandise dan juga acara-acara related dengan k-pop.

Bila dah buat list rasa macam sikit plak. Hahaha.. boleh dikatakan setiap bulan aku ada xtvt. Mantap kan? Harga tiket aku x letak kat sini.. Biarlah rahsia. Cukuplah aku boleh cakap, kalau ditambah dengan CD, DVD, photobook, dll, boleh buat buat bayar ground package ke Korea selama 8 hari.. hehehe

List atas ni plak x termasuk CD yang dibeli kat Korea sbb tu kira masuk dalam belanja Korea…
Dalam banyak-banyak konsert, Super Show tetap THE BEST! Susah nak jumpa artis yang pandai communicate dengan fan macam SUJU. Last adalah 2AM showcase.. bukan salah 2AM tapi semua ni sebab ada fan yang kurang ajar berdiri atas kerusi. Kerja aku hanya menjerit je sepanjang konsert suruh dia duduk.. xder kesedaran sivik langsung. 

Ni serba sedikit kenangan di konsert sepanjang 2011;

19-Mar-11 - Super Show 3 : CLICK HERE

10-Apr-11 - Grand Prix Concert with Rain
Aku selama ni bukan peminat Rain tapi selepas malam tu, aku tabik spring dengan Rain. Mmg wajar dier digelar King of K-pop. Sound system plak sangat best. Mmg puas hati sangat.



21-May-11 - 2AM Showcase
The worst experience. 



1-Jul-11 - Beast 1st Fan Meeting
Walaupun Beast kerap datang Malaysia, ni adalah kali pertama aku attend show Beast. Semua sebab lagu Fiction. Diorang sgt bertenaga dan mmg puas tgk show ni.



2-Sep-11 - Korean Music Wave [GD, TOP, Seungri, FT Island, Teen Top, Park Jungmin, U-Kiss, 4Minute]
Big Bang mmg patut buat solo concert dkt Malaysia… terbaekkk.. n Jungmin sgt comel ckp bahasa melayu.



15-Oct-11 - 2AM 3D Movie
Tgk movie ni lebih enjoy dr fan meeting. Aman damai aku layan show 2AM ni.



25-Nov-11 - 2PM Hands Up
One of my fav concerts so far. Yg ralat seat kitorang je… kami x berjaya dapatkan VIP tix & end up bl free seating tix jer.. so view x best.. 2PM mmg ptt dtg lagi ke Malaysia.



3-Dec-11 - "Most Amazing 2011 in Kuala Lumpur [SJ, F(x), B1A4, Miss A]": Click HERE


tahun 2012 kita tgk sapa yg datang yea... :)

My Hanguk Journey

Salah satu kenangan terindah dalam hidup aku berlaku pada tahun 2011. Akhirnya aku menjejak bumi kelahiran Kim Heechul – Korea Selatan.
My Hanguk Journey with Qiyumm, Sem and Hibi…

300511 - Monday

Seawal 9.00 pagi, Uncle Yong ambil kami di Cendana. Kami bangun pagi penuh keterujaan. Akhirnya hari yang ditunggu tiba. Lepas check in, kami ‘brunch’ dl.. kononnya kenyangkan perut dl supaya x terasa lapar dalam 6 jam perjalanan nanti. Hampir 2.00 pm kami mula bertolak di awan biru, meredah lautan. Ingatkan x la lapar, rupanya perut bernyanyi riang dalam flight. Menyesal x order makanan.
(waktu seterusnya dalam KST)
9.15pm – tiba di Incheon Airport. Turun je tangga kapal terbang tu, Qiyum bgth aku, “Akhirnya kita sampai di Korea.” Aku senyum. Gembira dan terharu. Aku pandang sekeliling. Ya, aku di bumi Korea. J
10.00pm ++ - kami jumpa Dongki Oppa – tour guide kami selama 8 hari di Korea. Mmg best sebab kami x perlu campur dengan group lain. So, ke mana sahaja kami pergi, hanya kami berempat sahaja. Kami bertolak ke Seoul.
11.15pm – tiba di Yongpyeongdong. Hotel pertama kami adalah Co-op residence. Malam tu kami tidur dalam kepenatan tapi terbangun awal dalam 4.00am. Jet lag kah namanya ini? Huhuhu..




310511 - Tuesday
8.00am – breakfast
9.10am – memulakan hari kedua
9.45am – ambil gambar dkt area Blue House. Lepas tu kami dibawa ke National Folk Museum. Tp Dongki oppa lupa yang museum tutup pada hari tu.
11.00am – Seterusnya kami ke Nami Island. Kat sini aku ngan Sem touching lebih sikit sebab di sinilah drama Winter Sonata shoot. Jadi sangat banyak kenangan cerita tu diabadikan di Nami Island ni. Aku ngan Sem mmg x melepaskan peluang ambil gambar kat semua tempat. Lepas pegi Nami, Dongki bawa kami lunch.
3.00pm – Bertolak ke Mount Sorak (Seorak-san). Masa nak masuk sempadan, nampak papan tanda tulis Gangwon-do. Aku tanya Dongki oppa, adakah kami akan melalui Gangwon-do kalau nak ke Mt Sorak. Rupanya Mt Sorak tu dalam daerah Gangwon-do… ohoooo sangat happy dan gembira. Kenapa? Sebab Gangwon-do adalah kampong Kim Heechul yang kucintai.. ala2 balik kg mertua gitu.
Masa otw, kami singgah di Daepohang Seafood Market. Walaupun rasa macam x relevant je datang sini, dah namanya dlm package, kami enjoy jelaa..
6.00pm – Kami terus pegi dinner. Masa ni jumpa ahjushi yang pernah duk Malaysia. Pandai juga la dia cakap Malaysia sikit-sikit.
7.00pm – Sampai di Seorak I Park Resort





010611 – Wednesday
8.30am – Breakfast
9.20am – Memulakan perjalanan hari ke-3
9.30am – Destinasi pertama adalah Teddy Bear Museum. Cuma x pasti adakah ni museum yg sama macam Princess Hour ke x. Nampak macam sama.. sebab dengarnya museum teddy bear ni ada few kat Korea.. entahlah.
10.05am – Bertolak ke Seoraksan National Park. Seronok juga naik cable car dan pusing2 dalam ni. Dalam 12.00 noon kami pergi lunch di Sangcheon River.
12.46pm – Kami balik ke hotel di Yongpyeong Ski Resort. Tempat ni sangat cantik. Agaknya kalau masa winter sangat meriah kot. Masa ni suhu 18o c. mmg sangat sejuk. Nampak sangat la kami ni org Asia Tenggara kan. Rakyat Korea slumber je pakai singlet ngan seluar pendek. Kat Yongpyeong ni pun antara tempat shooting Winter Sonata jugak. Tapi hari tu aku x pusing2 resort ni sgt sebb sangat sakit kepala tiba-tiba.
5.00pm – Dinner at Good Restaurant.
6.00pm – Balik hotel dan berehat.






020611 – Thursday
8.00am – Breakfast
9.00am – Bertolak ke Chelsea Yeoju Premium Outlet. Memandangkan kami ni bukan penggemar barangan branded, mmg rasa sangat bosan kat sini. Memanglah murah, tp kalau dah x minat tu kan.. huhu.. kami lunch kat sini jugak.
12.17pm – Bertolak ke Dhitteul Kimchi Making Factory. Kat sini kami belajar buat kimchi dari seongsaenim yg pemalu dan juga try handbook. Yang lawaknya, ahjumma tu bg aku pakai rambut palsu permaisuri yang besar gedabak tu. Mmg tergelak besar la kami.
2.30pm – Ke Everland plak. Everland antara amusement park yg famous di Korea selain Lotte World. Banyak juga drama Korea shoot kat sini.
6.10pm – Balik ke Co-op Residence di Seoul.






030611 – Friday
9.05am – Kami ke pejabat penerangan tentang ginseng. Staff yg explain kan utk kami psl ginseng ni rakyat Malaysia. Allen namanya. Mmg sangat hensem la Allen ni sampai 4-4 tersenyum jer sepanjang dengar explanation Allen hensem ni.. J
10.50am – Ke National Folk Museum. Kat sini boleh tengok revolusi rakyat Korea. Agak menarik juga.
11.20am – Kami ke Royal Palace yang terletak sebelah muzium sahaja. Dongki terangkan pada kami tentang jenis-jenis lantai kat palace ni dan kenapa dicipta macam tu. Agak ilmiah visit kami hari ni.
12.30pm – Kami lunch di Ever Green restaurant dekat Ittaewon. Dapatla makan nasi, roti nan dan kari. Uwaaaaa nak makanan melayu T____T
1.25pm – Bertolak ke Amethyst factory. Ohooo satu lagi tempat yang kami rasa amat bosan. Bg mak-mak yang minat amethyst suka la kot kan..
2.30pm – Ke Face Shop outlet.
2.40 – Bertolak ke Dongdaemun. Kami pusing-pusing kat sini sampai 5.30pm. Agak bosan masa kat sini. Kami bukan fashionista..hihi..jd kami isi masa dengan jalan ke station LRT diorang. Kami pergi ambil flyer and map train.
7.50pm – Terbang ke Jeju-do. Kami tiba sejam kemudian di Jeju-do dan terus ke Palace Hotel.






040611 – Saturday
9.40am – Kami memulakan xtvt agak lambat sebab Dongki oppa terlajak tidur. Nasib baik dia tinggalkan satu hp kat kitorang. Kalau kami x call, mmg  x bangun la dia.
10.00am – Kimyoung Maze Park. Sib baik Qiyum yg pandai baca peta ada. Cepat je kami jumpa jalan keluar.
10.30am – Ke Seongsan Sunrise Peak. Kami berjaya sampai ke puncak. Penat tapi berbaloi. Sangat cantik dapat tgk Jeju-do dari atas tu.
12.40pm – Jalan-jalan cari makan kat Oreumgul
1.30pm – Ke Seongup Folk Village
2.10pm – Miniature Theme Park
3.10pm – Bertolak ke Glass castle. Sejam kemudian baru sampai. Sempat tertidur juga dalam kereta. Huhuhu
5.30pm – Dinner time. Masa ni makan makanan tradisional korea yang ada banyak side dishes. Mmg penuh meja.
6.20pm – Kami sampai di Palace Hotel. Lepas letak beg, kami keluar jalan2 sekitar kawasan tu. Singgah kedai CD. Kat sini aku borong habis. Ahjushi tauke kedai plak peramah. Dia layan je aku cakap Korea ngan die tergagap2..siap betulkan bahasa aku lagi.. bangga betul..Hehhe.. lepas tu kami layan street festival. Mmg best.
9.30pm – Balik hotel dan tidooooo…








0506111 – Sunday
10.00am – Destinasi pertama adalah  Mystery Road. Frankly, xderla kami rasa misteri mana pun.
10.30am – Ke Yongduam [Yong – Dragon Du – Head Am – Rock]. Ada batu yang berbentuk macam kepala naga kat situ. Masa tahu makna Yongduam baru la paham nape nama JiYong Big Bang G-Dragon… hehe
12.35 – Fly back to Seoul…
2.10pm – Kami ke Myeongdong. Bila masuk kedai CD, harga CD kat sini lebih mahal dari Jeju-do. Sib baik aku dah shopping kat Jeju-do dah.. hehe.. aku excited nak masuk Spao n Everysing. Malangnya Spao tutup hari Ahad. Everysing plak x banyak official merchandise Suju yang aku nak ada.
4.15pm – Sekali lagi makan di Ever Green.
Kami berpisah dengan Dongki oppa di Co-op Residence. Aku terlebih book flight sehari daripada package. Jadi package kami berakhir pada hari Ahad. Esoknya kami free & easy sendiri.
Lepas balik hotel, kami letak barang dan keluar jalan2 ke Dongdaemun market naik tren. Masa nak ke tren tu, kami tanya adik yang sangat hensem. Kiranya selama aku kat Korea, dialah lelaki paling hensem aku jumpa.. hahahha.. rugi betul x bergambar.
1st time naik tren di Korea.. bayangkan, diorang ada 9 routes. Mmg kena pandai baca peta. Kalau x, ke mana sesat pun x tahu. Lepas habis jalan-jalan, kami balik hotel. Malam tu kami keluar jalan-jalan sekitar hotel pula. Singgah kedai sebelah hotel. Ahjushi dan Ahjumaa tauke kedai ni orang cina. Lupa dah Hong Kong ke Taiwan. Baik juga diorang layan kami masa ni..




060611 – Monday
Free and Easy. Aku x ambil note masa ni sebab kami naik tren.
Destinasi 1 – Apgujeong… kami ke Timeout Gelato milik Micky Yoochun. Salah satu tempat yg aku sangat2 nak pegi di Korea. Kalau Yoochun ada lagi best. Hari tu kami jadi pelanggan pertama kedai tu.
Destinasi 2 – Hoehyeon… kami trn di stesen Hoehyeon utk ke Namdaemun.. Kat sini mmg pasar orang tua. Ramai betul org tua kat sini. Barang2 pun seswai utk mak ayah..
Destinasi 3 – Myeongdong… kami jalan kaki ke Myengdong. Nampak beza dua tempat ni. Satu area org tua, satu lagi orang muda. Kami ke Spao.. akhirnya dapat juga beli cap Heenim.. <3
Kemudian kami balik ke Yongpyeong. Dalam 6.10pm, driver sampai bawa kami ke Incheon airport.




070611 – Tuesday
4.00am MYT – kami sampai di Malaysia. Naik teksi then terus ambil kereta dengan rumah kakakku. Singgah beli bfast tepi jalan. Yaaa, kami beli nasi lemak. 8 hari makan sayur je.
Itulaah diari perjalanan aku di Korea… I’ll be back!!!