Aku pernah declare dgn 6signs kat uni dl yg aku rupalistik..haha..aku ingat lagi scene tu kami berjalan turun bukit nak balik ikut pintu belakang hotel uitm tu… Tp rupalistik aku pun, based on aku punye mata la kan..dan utk artis jela..utk pasangan, asalkan sedap mata memandang pun ok..dpt type kita kire bonus..hehe...
Artis yg aku minat x semua sbb rupa..ada factor utama aku minat diorg..tp sape2 yg aku minat,secara automatic aku akan nmpk diorg ensem, comel dll..hehe..bezanya,kalau yg betul2 aku minat sbb rupa, aku x berhenti puji kehenseman artis tu..hehe..sape tgk IRIS dgn My Girlfriend is Gumiho dgn aku akan penat dgr aku cakap, "hensemnyeee" setiap kali T.O.P dgn No Min Woo muncul..Contohnya, GD… dulu sebelum aku angau GD, x nampak dia hensem pun.. Skrg ni, pantang la GD senyum, meggeletis la aku..huuhhuh.. itula yg dikatakan BIAS… heh
...dan x semua yg aku minat ni ada dalam bas aku...nak cerita yg x ada dlm bas mmg ramai..x larat nk taip..separuh nama-nama tu ada dalam post PUJAANKU 2013... kat sini kita fokus pada penumpang bas… hahaha
My type berubah mengikut peredaran masa...dulu, aku suka skema look.. flower boy, rambut panjang lurus belah tengah, chinese look, pakai cermin mata dan tinggi.. Skrg, not so much on look.. Pakai cermin mata dah x penting dah… Mmg aku still tertarik dgn flower boy dgn rambut panjang, tp kena dtg dgn suara yg macho..bakat pun jadi daya penarik juga..aku cair dgn lelaki yg pandai main instrument, IT savvy, pandai melukis dan kelakar..hihi..
Just some titbits how these guys become my bus passengers...
1. Heenim
He is my #1..rasanya x sesuai nak letak heenim satu bas dgn org lain sbb he is special and I do love him..not as a fan to a celebrity but as a woman to a man...
Aku mula suka heenim bukan sbb rupa tp sbb sikap dia..boleh kata hate love feeling ms awal2 dl.. Kalau jumpa betul2, xtahu la boleh tahan ke tak dgn mulut laser dan baran die.. Tp my heenim, seorg sahabat yg baik, pandai melukis dan kelakar. Setiap kali aku tgk talk show ada Heenim, aku akan kata pada diri sendiri, “I fall in love with u again and again.” Wise opinion dia selalu buat aku terharu… Sikap 4D dia x pernah buat aku rasa annoying tp aku rasa lawak…. (Factor: Personality/Talent and Visual)
2. Yoochun
Masa mula2 minat dbsk, aku x th nk minat sape..semua aku suka.
Dah byk tgk variety show, br perasan yg aku suka yoochun..ingat awal2 aku kenal yoochun ms rising sun ni..mmg aku pun kutuk…nampak dia paling x ensem...
Yoochun ada banyak ciri2 yg aku suka pada seorg lelaki.romantik, sayang family, artistic dll (Factor: Personality /Talent)
3. Ken
The only yg x involve dlm k-entertainment in my bus... Wpun Ken ada ciri2 lama yg aku suka, aku masih nk simpan Ken dalam bas sebab aku jatuh cinta ngan Ken pada pandangan pertama then bila kenal sikap dia, aku still suka… Ken juga pandai masak… Wpun Ken skrg dah x sehemsem dulu (dia dah gemuk sikit),
...bg aku, Ken ttp Zhu Xiao Tian yg berambut panjang lurus dan hensem… (Factor: Visual)
4. Seungho
Kalau Yoochun ada soft side yg aku suka pada lelaki, Seungho plak tough side… tp kalau ikut personality, Seungho paling dekat dengan ideal type aku…
Seungho adalah lelaki paling banyak bakat yg aku kenal... Bakat main piano yg hebat sehingga diberi gelaran Yang Choppin dikalangan idol, terbukti IT savvy bila dia pasang komputer kat weekly idol, betulkan basikal kat weekly idol juga, pandai mengait, dan banyak lagi. Dalam Hello Baby, Seungho buat aku cair dengan sikap family man dia tp dalam KKael Player, Seungho ada ciri bad guy yg adorable..hehe (Factor: Personality /Talent)
Setakat ni yang ada rank 1-4 je. Orang lain free seating dalam bas aku..hahahhahaha…*gelakgediks*. Aku asingkan diorang ikut kategori kenapa diorang jadi penumpang bas aku. Here we GO!
Visual Factor
BIGBANG T.O.P – One of the most handsome Korean guys. T.O.P ada wajah yang macho tp dibalik rupa serious dia, fan BB mesti suka dia sebagai Bingu T.O.P… dan aku bertuah dapat tgk Bingu dance T.O.P masa Alive Tour…
No Min Woo – Aku kenal NMW sbg pelakon tp sblm berlakon, rupanya NMW ex-drummer kumpulan Trax… So, music talent dia bg markah bonus~
Ze:A Im Si Wan – Masa awal2 kenal Siwan, xder plak aku suka dia wpun dia hensem, bias aku dalam Ze:A ms tu Junyoung, tp lepas tgk The Moon That Embraces The Sun, terus jatuh hati dengan Siwan…maybe sebab watak dia pun flower boy scholar, jadi setiap scene Siwan mmg nak menunjukkan betapa jambunya dia..hehe
Exo-M Kris – Memandangkan aku lebih fokus pada B.A.P, aku belum berkesempatan nak betul2 tgk EXO... Kris masuk bas lalu Fast Lane…hahahha..Masa aku tgk dia kat Asia Super Showcase, terus rasa macam, “Omo omo…soooo handsome!” hehehe… Kalau kris ni orang korea, mmg title org korea paling hensem aku bg kat Kris..tp Kris lahir kat China...
Jung Il Woo – Watak Ilwoo sbg scheduler dalam 49 days mmg menonjolkan kehenseman dia. Walaupun dia pernah berlakon sebelum ni, aku x pernah tgk drama2 yg dia ada.
Song Joong Ki – Aku mula kenal SJK ms dia jadi MC Mubank… tp masa tu x nampak dia menarik… hihihi.. Tapi lepas tgk SKKS, aku terus menjemput SJK masuk dalam bas…
B.A.P Himchan – Sweet talker Chanchan… Saya sayang kamu~Chanchan masuk bas lepas aku pg B.A.P showcase...
2PM Nickhun – the wink king… Lelaki Thailand mmg ada rupa jambu yang aku suka… selain rupa yang hensem, Khun adalah lelaki yang naturally romantic dan gentleman.. Mmg jeles tgk dia dgn Victoria dalam WGM…
JYJ/DB5K Jaejoong – Walaupun YC berada di No 2, gambar ahli DBSK yang aku ada paling banyak adalah Jae.
CN Blue Yonghwa - Aku start suka Yonghwa waktu dia berlakon dalam You're Beautiful. Jadi dia masuk bas sebab visual factor. tapi lepas kenal CN Blue, yang charming ttg Yonghwa adalah bakat dia.
Personality / Talent factor
Shinhwa Dongwan – Dongwan ada suara yang aku paling suka dalam Shinhwa. Selain sbb suara, aku rasa Dongwan sangat kelakar wpun ahli Shinhwa suka kutuk lawak dia.. hahaha
BIGBANG G-Dragon – Bila aku mula buka hati aku pada BB, aku mmg tak nafikan tulang belakang BB adalah GD. Almost all lagu BB, ada sentuhan seni GD. Jadi dari dulu, GD adalah idol korea yg aku paling respect as music genius. Lepas kes marijuana, aku rasa personaliti GD berubah...Dulu dia memang serious dan mysterious (setakat yg aku perasan), tp lepas2 tu dia lebih open dan mendekati fan. Boleh nampak dari twitter, insta dan LINE, GD actually ada sikap yg comel… Lepas tgk Alive tour, aku x tahu kenapa aku rindu GD… Czah kata aku angau.. hahaha..tu pun aku nak nafikan jugak tu… Sbb rasa mcm x logic kot aku minat GD.. tp yup, now aku mengaku yg GD ada sesuatu yg boleh menggugat kedudukan top 4… hahahhaha

SS501 Jungmin – Hihi, teringat kenangan jumpa SS501 kat One World Hotel… Masa fan signing, kami diberi pilihan seorang sahaja… Mmg bukan perkara yg susah untuk aku sebab aku mmg minat Jungmin… dan, jungmin adalah satu-satunya artis korea yg aku pernah salam… aku suka Jungmin sebab suara dan fanservice dia…
B2ST Hyunseung – Penumpang yang akan turun naik dalam bas aku… Hyunseung ada suara yang aku suka.. Sikap 4D dan blur dia pun aku suka..masa aku tgk MTV BB, aku paling tertarik dengan dia… tp cara dia treat fan dan gaya seksi dgn hyuna kadang2 buat aku hantar dia ke perhentian kejap… Harap2 sikap tu adalah imej yang company cipta dan bukan sikap sebenar dia.. mana tahu aku akan surprise macam GD…hehe

Infinite Hoya – Actually aku tertarik pada Hoya at first sebab nama dia.. Unik je rasa nama Hoya tu..Wpun L hensem, aku selalu nak cari Hoya bila tgk Infinite perform… So, aku confirmkan feeling aku yg ‘Bias’ aku dlm Infinite adalah Hoya… Tp Hoya masuk bas bila aku tgk Infinite live kat GDA.. wahhhh sangat berkarisma atas stage… lepas GDA, aku baru start layan Reply 1997.. Eehhhh Hoya yang sangat berkarisma itu ada soft side rupanya… Then bila Hoya promote as Infinite H dengan Dongwoo dan muncul dalam variety show i.e. Immortal Song, Yu Huiyeol’s Sketchbook & Hello Counselor, aku nampak sikap Hoya yang baik…
2PM Wooyoung - Suara best, menari terer dan lawak membuatkan Wooyoung jadi bias aku dalam 2PM... Makin suka dia lepas dia bawak watak Jason dalam Dream High.
.... and more will come...huhuhu