Salah satu kenangan terindah dalam hidup aku berlaku pada tahun 2011. Akhirnya aku menjejak bumi kelahiran Kim Heechul – Korea Selatan.
My Hanguk Journey with Qiyumm, Sem and Hibi…
300511 - Monday
Seawal 9.00 pagi, Uncle Yong ambil kami di Cendana. Kami bangun pagi penuh keterujaan. Akhirnya hari yang ditunggu tiba. Lepas check in, kami ‘brunch’ dl.. kononnya kenyangkan perut dl supaya x terasa lapar dalam 6 jam perjalanan nanti. Hampir 2.00 pm kami mula bertolak di awan biru, meredah lautan. Ingatkan x la lapar, rupanya perut bernyanyi riang dalam flight. Menyesal x order makanan.
(waktu seterusnya dalam KST)
9.15pm – tiba di Incheon Airport. Turun je tangga kapal terbang tu, Qiyum bgth aku, “Akhirnya kita sampai di Korea.” Aku senyum. Gembira dan terharu. Aku pandang sekeliling. Ya, aku di bumi Korea. J
10.00pm ++ - kami jumpa Dongki Oppa – tour guide kami selama 8 hari di Korea. Mmg best sebab kami x perlu campur dengan group lain. So, ke mana sahaja kami pergi, hanya kami berempat sahaja. Kami bertolak ke Seoul.
11.15pm – tiba di Yongpyeongdong. Hotel pertama kami adalah Co-op residence. Malam tu kami tidur dalam kepenatan tapi terbangun awal dalam 4.00am. Jet lag kah namanya ini? Huhuhu..
310511 - Tuesday
8.00am – breakfast
9.10am – memulakan hari kedua
9.45am – ambil gambar dkt area Blue House. Lepas tu kami dibawa ke National Folk Museum. Tp Dongki oppa lupa yang museum tutup pada hari tu.
11.00am – Seterusnya kami ke Nami Island. Kat sini aku ngan Sem touching lebih sikit sebab di sinilah drama Winter Sonata shoot. Jadi sangat banyak kenangan cerita tu diabadikan di Nami Island ni. Aku ngan Sem mmg x melepaskan peluang ambil gambar kat semua tempat. Lepas pegi Nami, Dongki bawa kami lunch.
3.00pm – Bertolak ke Mount Sorak (Seorak-san). Masa nak masuk sempadan, nampak papan tanda tulis Gangwon-do. Aku tanya Dongki oppa, adakah kami akan melalui Gangwon-do kalau nak ke Mt Sorak. Rupanya Mt Sorak tu dalam daerah Gangwon-do… ohoooo sangat happy dan gembira. Kenapa? Sebab Gangwon-do adalah kampong Kim Heechul yang kucintai.. ala2 balik kg mertua gitu.
Masa otw, kami singgah di Daepohang Seafood Market. Walaupun rasa macam x relevant je datang sini, dah namanya dlm package, kami enjoy jelaa..
6.00pm – Kami terus pegi dinner. Masa ni jumpa ahjushi yang pernah duk Malaysia. Pandai juga la dia cakap Malaysia sikit-sikit.
7.00pm – Sampai di Seorak I Park Resort
010611 – Wednesday
8.30am – Breakfast
9.20am – Memulakan perjalanan hari ke-3
9.30am – Destinasi pertama adalah Teddy Bear Museum. Cuma x pasti adakah ni museum yg sama macam Princess Hour ke x. Nampak macam sama.. sebab dengarnya museum teddy bear ni ada few kat Korea.. entahlah.
10.05am – Bertolak ke Seoraksan National Park. Seronok juga naik cable car dan pusing2 dalam ni. Dalam 12.00 noon kami pergi lunch di Sangcheon River.
12.46pm – Kami balik ke hotel di Yongpyeong Ski Resort. Tempat ni sangat cantik. Agaknya kalau masa winter sangat meriah kot. Masa ni suhu 18o c. mmg sangat sejuk. Nampak sangat la kami ni org Asia Tenggara kan. Rakyat Korea slumber je pakai singlet ngan seluar pendek. Kat Yongpyeong ni pun antara tempat shooting Winter Sonata jugak. Tapi hari tu aku x pusing2 resort ni sgt sebb sangat sakit kepala tiba-tiba.
5.00pm – Dinner at Good Restaurant.
6.00pm – Balik hotel dan berehat.
020611 – Thursday
8.00am – Breakfast
9.00am – Bertolak ke Chelsea Yeoju Premium Outlet. Memandangkan kami ni bukan penggemar barangan branded, mmg rasa sangat bosan kat sini. Memanglah murah, tp kalau dah x minat tu kan.. huhu.. kami lunch kat sini jugak.
12.17pm – Bertolak ke Dhitteul Kimchi Making Factory. Kat sini kami belajar buat kimchi dari seongsaenim yg pemalu dan juga try handbook. Yang lawaknya, ahjumma tu bg aku pakai rambut palsu permaisuri yang besar gedabak tu. Mmg tergelak besar la kami.
2.30pm – Ke Everland plak. Everland antara amusement park yg famous di Korea selain Lotte World. Banyak juga drama Korea shoot kat sini.
6.10pm – Balik ke Co-op Residence di Seoul.
030611 – Friday
9.05am – Kami ke pejabat penerangan tentang ginseng. Staff yg explain kan utk kami psl ginseng ni rakyat Malaysia. Allen namanya. Mmg sangat hensem la Allen ni sampai 4-4 tersenyum jer sepanjang dengar explanation Allen hensem ni.. J
10.50am – Ke National Folk Museum. Kat sini boleh tengok revolusi rakyat Korea. Agak menarik juga.
11.20am – Kami ke Royal Palace yang terletak sebelah muzium sahaja. Dongki terangkan pada kami tentang jenis-jenis lantai kat palace ni dan kenapa dicipta macam tu. Agak ilmiah visit kami hari ni.
12.30pm – Kami lunch di Ever Green restaurant dekat Ittaewon. Dapatla makan nasi, roti nan dan kari. Uwaaaaa nak makanan melayu T____T
1.25pm – Bertolak ke Amethyst factory. Ohooo satu lagi tempat yang kami rasa amat bosan. Bg mak-mak yang minat amethyst suka la kot kan..
2.30pm – Ke Face Shop outlet.
2.40 – Bertolak ke Dongdaemun. Kami pusing-pusing kat sini sampai 5.30pm. Agak bosan masa kat sini. Kami bukan fashionista..hihi..jd kami isi masa dengan jalan ke station LRT diorang. Kami pergi ambil flyer and map train.
7.50pm – Terbang ke Jeju-do. Kami tiba sejam kemudian di Jeju-do dan terus ke Palace Hotel.
040611 – Saturday
9.40am – Kami memulakan xtvt agak lambat sebab Dongki oppa terlajak tidur. Nasib baik dia tinggalkan satu hp kat kitorang. Kalau kami x call, mmg x bangun la dia.
10.00am – Kimyoung Maze Park. Sib baik Qiyum yg pandai baca peta ada. Cepat je kami jumpa jalan keluar.
10.30am – Ke Seongsan Sunrise Peak. Kami berjaya sampai ke puncak. Penat tapi berbaloi. Sangat cantik dapat tgk Jeju-do dari atas tu.
12.40pm – Jalan-jalan cari makan kat Oreumgul
1.30pm – Ke Seongup Folk Village
2.10pm – Miniature Theme Park
3.10pm – Bertolak ke Glass castle. Sejam kemudian baru sampai. Sempat tertidur juga dalam kereta. Huhuhu
5.30pm – Dinner time. Masa ni makan makanan tradisional korea yang ada banyak side dishes. Mmg penuh meja.
6.20pm – Kami sampai di Palace Hotel. Lepas letak beg, kami keluar jalan2 sekitar kawasan tu. Singgah kedai CD. Kat sini aku borong habis. Ahjushi tauke kedai plak peramah. Dia layan je aku cakap Korea ngan die tergagap2..siap betulkan bahasa aku lagi.. bangga betul..Hehhe.. lepas tu kami layan street festival. Mmg best.
9.30pm – Balik hotel dan tidooooo…
0506111 – Sunday
10.00am – Destinasi pertama adalah Mystery Road. Frankly, xderla kami rasa misteri mana pun.
10.30am – Ke Yongduam [Yong – Dragon Du – Head Am – Rock]. Ada batu yang berbentuk macam kepala naga kat situ. Masa tahu makna Yongduam baru la paham nape nama JiYong Big Bang G-Dragon… hehe
12.35 – Fly back to Seoul…
2.10pm – Kami ke Myeongdong. Bila masuk kedai CD, harga CD kat sini lebih mahal dari Jeju-do. Sib baik aku dah shopping kat Jeju-do dah.. hehe.. aku excited nak masuk Spao n Everysing. Malangnya Spao tutup hari Ahad. Everysing plak x banyak official merchandise Suju yang aku nak ada.
4.15pm – Sekali lagi makan di Ever Green.
Kami berpisah dengan Dongki oppa di Co-op Residence. Aku terlebih book flight sehari daripada package. Jadi package kami berakhir pada hari Ahad. Esoknya kami free & easy sendiri.
Lepas balik hotel, kami letak barang dan keluar jalan2 ke Dongdaemun market naik tren. Masa nak ke tren tu, kami tanya adik yang sangat hensem. Kiranya selama aku kat Korea, dialah lelaki paling hensem aku jumpa.. hahahha.. rugi betul x bergambar.
1st time naik tren di Korea.. bayangkan, diorang ada 9 routes. Mmg kena pandai baca peta. Kalau x, ke mana sesat pun x tahu. Lepas habis jalan-jalan, kami balik hotel. Malam tu kami keluar jalan-jalan sekitar hotel pula. Singgah kedai sebelah hotel. Ahjushi dan Ahjumaa tauke kedai ni orang cina. Lupa dah Hong Kong ke Taiwan. Baik juga diorang layan kami masa ni..
060611 – Monday
Free and Easy. Aku x ambil note masa ni sebab kami naik tren.
Destinasi 1 – Apgujeong… kami ke Timeout Gelato milik Micky Yoochun. Salah satu tempat yg aku sangat2 nak pegi di Korea. Kalau Yoochun ada lagi best. Hari tu kami jadi pelanggan pertama kedai tu.
Destinasi 2 – Hoehyeon… kami trn di stesen Hoehyeon utk ke Namdaemun.. Kat sini mmg pasar orang tua. Ramai betul org tua kat sini. Barang2 pun seswai utk mak ayah..
Destinasi 3 – Myeongdong… kami jalan kaki ke Myengdong. Nampak beza dua tempat ni. Satu area org tua, satu lagi orang muda. Kami ke Spao.. akhirnya dapat juga beli cap Heenim.. <3
Kemudian kami balik ke Yongpyeong. Dalam 6.10pm, driver sampai bawa kami ke Incheon airport.
070611 – Tuesday
4.00am MYT – kami sampai di Malaysia. Naik teksi then terus ambil kereta dengan rumah kakakku. Singgah beli bfast tepi jalan. Yaaa, kami beli nasi lemak. 8 hari makan sayur je.
Itulaah diari perjalanan aku di Korea… I’ll be back!!!